Tuesday 27 October 2020

Berakhirnya Hayat Seekor Kucing Kesayanganku

BACU

Seekor kucing jantan berwarna coklat. Mungkin kucing Siam. Dijaga oleh kami sekeluarga sejak dari kecil hingga dewasa. Kalau tak silap, dia lahir beberapa bulan lepas aku habis Degree (sekitar Jun/Julai 2019). So, memang aku lah yang jaga semua adik beradik dia ni alang-alang dah habis study dan memang aku sorang je yang ada 24/7 dekat rumah. Bacu mempunyai 4 ekor adik-beradik (Balong (full coklat ekor panjang), Bobo (full Hitam ada putih sikit, ekor panjang), Ketam (kelabu asap) & Bacu). Balong hilang waktu kecil. Ketam di'hijrah'kan sebab selalu membuang najis merata dalam rumah. Bobo pulak hilang waktu dah besar macam Bacu. Jadi, tinggal Bacu je meneruskan sisa-sisa hidupnya di rumahku. Batch anak Kebek yang ni semua jantan dan semua Alhamdulillah boleh survive sampai besar tanpa kehadiran si ibu (ni paling sedih sebab kucing dekat rumah tu pon jarang dapat hidup sampai besar even ada ibunya). 

Bila Bacu dah besar, dah pandai membuang najis dekat luar rumah, Bacu pon di'benarkan' tidur dalam bilik aku & Nuha. Siap ada selimut sendiri ! Special betul ! Wahwah...then, bila dia terasa nak membuang, Bacu akan pijak2 badan aku untuk bagi tanda nak keluar bilik. Biasanya dah malam buta ye. Sekitar pukul 2-3 pagi macam tu. Alahaii bijak betul kucing ni. Mungkin nak suruh tuannya bangun Tahajud sekali kot. Heeee...

Melihat tumbesaran Bacu depan mata, hari-hariku diceriakan oleh seketul Bacu. Pernah suatu ketika, Bacu sakit. Badannya panas, hilang selera makan, badan pon kurus (sebab Bacu seekor kucing yang gendut dan boroi perutnya). Aku dah risau. Masa ni sempat laa pergi dapatkan rawatan di Klinik Vaterinar Pontian. Kena cucuk 2 kali. Satu untuk selera makan, satu vitamin. Lepas dapat suntikan tu..seharian Bacu tak selera makan, tidur sepanjang hari dalam bilik. Tapi, Alhamdulillah..hari kedua, selera makan Bacu dah kembali. Dekat klinik, veterinar tu pon teruja tengok Bacu. Warna bulu kucing yang 'rare'. Siap ambil gambar lagi. Hahaha.. Well, benda tu tak pelik sebab Bacu memang comel. Mukanya bulat, mata biru membulat, bulu tebal gebus, gendut pulak tu. Siapa je tak geram. hihihi.

Raya 2020. Masa ni dunia masih dilanda Covid-19. Pergerakan keluar daerah/negeri terbatas. Waktu ni, Bacu & Bobo dibawa bersama kami untuk balik kampung atuk di Muar. Salah satu sebab, sebelum ni mereka pernah tak balik rumah. Bacu "hilang" seminggu. Kesedihan menyelubungi hatiku. Hari-hari mencari & memanggil-manggil Bacu di sekitar rumah tanpa jemu. Tapi, ada satu hari tu seekor kucing luar datang membawa Bacu pulang ke rumah (dapur). Syukur, Alhamdulillah. Kerinduan terubat. Bacu masih ada lah ! yeayy ! Maka, kita taknak dia 'hilang' lagi bila semua orang takde dekat rumah, tu yang kita angkut sekali masuk dalam bakul bawak balik kampung. Hahaha nasib baik laa boleh behave.

Selang beberapa bulan, Bobo hilang. Tinggallah Bacu seekor jantan dalam rumah kami. Bacu dah mula cuba mengawan. Tapi, mungkin belum reti lagi. Aduhai Bacu. Baka semua tak menjadi. Baka kucing sebelah lagi kuat. Maka, lahir anak2 kucing warna macam tu, bukan warna macam Bacu. Dari saat ni, Bacu dah mula kencing merata..Bacu dah tak tidur dekat bilik. Dia tidur dekat atas almari atau meja depan. Kesian Bacu. Tapi nak buat macam mana, kalau tidur dalam bilik...alamatnya setiap hari nak kena bersihkan kencing dia dalam bilik tu. Plus, najis kan..susah nanti nak jaga tempat solat dalam bilik..Keadaan berterusan selama beberapa bulan kedepan. Rindu Bacu yang dulu !

Keadaan menjadi lebih buruk bila kucing jiran sebelah selalu datang rumah kami. Bacu selalu dikerah dengan kucing tu. Habis kakinya kerowak luka2. Bulu dekat kaki pon takde dekat kawasan tu. Bila aku ubat, nampak dah nak sembuh.. Tuptup, berapa hari lepas tu, luka balik. darah2, berair macam tu. Hmm tak lain tak bukan, gaduh lagi lah tu ! Haishh geram betul lah jiran sebelah ni tak reti ke jaga kucing elok2? Kesian Bacu tau ! Hishhhh...Start dari keadaan Bacu macam tu, dia dah tak berapa nak friendly. Bila nampak aku je dia akan lari tak cukup tanah. Sebab taknak aku sapu ubat la tu kan? Hahaha Bacu...Bacu...Lepastu, Bacu dah tak membuang najis dekat luar. Mungkin sebab takut. Penghujung hayatnya, even atas kerusi tengah duduk pon dia boleh berak? Aneh betul ! Padahal dulu Bacu sangat lah disiplin ye. Tak pernah membuang dalam rumah. Plus, dia kalau nak berak even dekat luar rumah. bila nampak tuan dia pon dia akan lari ke tempat yang lebih 'selamat', jauh dari penglihatan kita. 

27/10/2020 (Selasa)

Pagi tu, aku mandi dalam bilik air macam biasa. Tiba-tiba bila pusing belakang, ada Bacu tengah jilat air dekat lantai bilik air. Tak pernah-pernah macam tu. Selalu kan, bila orang masuk bilik air, kucing akan keluar sendiri. Then, aku keluarkan dia..Bila dah sudah mandi tu, dengar suara dia meraung macam tu. agak kuat ye. Aku pon bagi air..mungkin dia haus...Tapi masa tu, mak kata..Bacu macam sakit..Tapi waktu tu aku tak fikir apa lah kan, sebab nampak dia ok je..takde pon hilang selera makan ke apa macam dulu tu..Aku pon pergi kerja macam biasa. Then, bila balik kerja..aku cari Bacu satu rumah tapi tak jumpa. Panggil pon takde nyahut. Mungkin masa ni dia memang ada dekat bilik air tu kot menghabiskan masa-masa terakhir dekat rumah. Pelik, selalu kalau kucing nak 'pergi' bukan ke dia keluar rumah utk pergi jauh sebab taknak tuannya sedih bila dia dah takde? Alahai Bacu..

28/10/2020 (Rabu)

Pagi ni aku bersiap-siap nak pergi kerja macam biasa. Abah ada tanya, mana Bacu. Aku pon jawab "entah, tak nampak pon..dari semalam cari takde..." Selang beberapa minit macam tu..Tiba-tiba dah nak siap keluar bilik tu, abah panggil. 

Abah : "Kak, tu Bacu. Macam dah takde lah. Dah tak gerak pon.."

Aku : "Bacu? Mana?" (masa ni aku berharap yang Bacu masih hidup & sekadar tidur je)

Abah : "Tu ada dalam bilik air belah sana"

Aku : Masuk bilik air tu dan masih tak nampak Bacu. Rupa-rupanya Bacu ada dekat rak purple tempat letak barang mandi. Aku mendekati Bacu dan perlahan-lahan sentuh badan dia. Keras & Kaku. Mata sedikit terbuka. Ekornya mengembang macam masa kena kejar musuh. Allahuakbar...luluh hatiku...Berjurai air mata ... Ya Allah, kucing kesayangan aku dah pergi tinggalkan aku buat selamanya..

    Lepastu, aku cepat-cepat masuk bilik..ambil semua barang nak pergi kerja, start enjin kereta dan terus tinggalkan rumah (gaya macam putus cinta kena tinggal pasangan je..aduhai Nadzirah..ni baru kucing yang tinggalkan kau...)...So yahh ! sepanjang jalan pergi kerja tu aku tak tahan lagi sebak di dada. Fikiran dah melayang teringatkan detik indah masa Bacu masih hidup. Bacu seekor kucing yang manot, dengar kata, manja & tak banyak kerenah. Siapa je tak sayang kan? 

    Air mata masih berjurai hingga saat dan detik ketika aku menaip content dalam blog ni. Sayu hati bila kucing yang kita sayang, pergi tinggalkan kita tanpa sempat kita melihat detik terakhir hayatnya. Sedih jangan kata lah kan. Tapi kita perlu redha. Allah lebih sayangkan Bacu. Mungkin pengajaran dari kisah ni, kita tak boleh terlalu sayang akan makhluk. Bila suatu saat dia dah hilang/pergi tinggalkan kita, kita akan rasa sangaaatt sedihh...Tapi, sayanglah Allah S.W.T. dengan sesungguhnya. Kita takkan rasa sedih kerana Allah takkan pernah tinggalkan kita walau sesaat. Allahuakbar~

    Mungkin tiada kucing lain yang dapat menggantikan tempat Bacu. Tapi, yang pergi tetap pergi. Mulakan langkah baru untuk terus menyayangi sesama makhluk. In syaa Allah, Dia akan mengganti dengan yang lebih baik kerana Allah juga sangat baik dengan kita. Terima kasih Ya Allah sebab dah pinjamkan Bacu dalam hidup aku selama setahun lebih ni...Banyak yang aku dapat belajar terutamanya mengasihi & menjaga haiwan peliharaan. Perginya Bacu sehari/dua hari sebelum sambutan Maulidurrasul 1442H. Semoga aku tabah meredhai pemergiannya sepertimana tabahnya baginda Rasulullah menghadapi dugaan sepanjang hayatnya. In syaa Allah, Aamiin~

MEMORI BERSAMA BACU & ADIK BERADIKNYA

 

Zaman kecil mereka~ 


   
                                       
    Bacu waktu masih sihat~



 

 

Monday 20 January 2020

Pasca 8Tahun Selepas Meninggalkan Zaman Sekolah

fuhh tajuk nak gempakkk ann . hahahaha . so dari mana kita nak start ekk . huhu . 

Kita start dari kawan2 sekolah rendah dulu la kot. macam jauh sikit perjalanan hidup nak throwback tu kan. LOL. Basically, disebabkan dalam batch 2002-2007 SK Parit Sapran ni, just iolls berempat je (haziqah, maslinda, faiz & me) yang tak sama sekolah menengah dgn yg lain..So ktorg macam lost contact jugak laa dengan yang lain. Ehh tapi ada jugak kot yang berhijrah ke tempat lain, macam tika fuzi & shafinawanie...yang lelaki tak sure sangat sebab memang totally tak dengar khabar dyorg...hmm so sad..


Hmm kita mula dengan yang dah mendirikan rumah tangga & berkeluarga (ceh ayat skema betul sehh. haha). So far yang aku tahu yang dah kahwin... nasoha, liyana anis, shahira borhan, ainina,khairi, haidil...tu je kot yang dah kahwin setakat 21 Januari 2020...Until next! Shima punya wedding 26 Januari ni...wuuu another a friend of us will be off market...wahhh! yang lain bakal menyusul..In Syaa Allah...Aamin...

The next one will be a sad story. It's about our friends who have returned to the Creator, Allah SWT..sobsobs..T_T..They were "Muhammad Nur  Fikry Bin Rahmat" (1995-2011) and also "Nur Farhana Binti Sulaiman"(1995-2019)...They had been diagnosed to have "Leptospirosis" (penyakit kencing tikus) & Cancer respectively. AL-FATIHAH for both of them..

Move to the secondary school's exclassmates...So yah ! setakat exclassmate  + exschoolmates dari form 1 sampai form 5..yang dah kahwin...(excluding ASPURIAN)..nahdatul (nahd), shafiqa suratmin(syapie), nana rahman, huda saruni, nasuha, syafika ngassiman, syafiqa firza, amira ariffin...etc..tk ingat sangat lah..hahaha...makin tua ni cepat betul lupa ingatan..2020, umi aida..akmal fahmi.. 

for ASPURIAN...our first bride was.....ainna syaheera...(if im not mostaken)..followed by miejot...aini giran..meerah fifaa..wahidah..hmm tu je kot baru..so untuk tahun 2020 ni...In syaa Allah setakat yg dh bertunang last year..fatin nadia, azwa, dayah,fatin nabihah (e'ah), yana adib, zatie jalal, mira rosli, syeiffa shariff...dan ASPURA...our first groom will be...Hanafi Samion..(on 25th January 2020)...semoga urusan bakal2 pengantin kita ni akan dipermudahkan...Aamin...tapi perjalanan 2020 masih panjang...So I guess , ramai lagi yang akan tamatkan zaman bujang (yg takda dalam list atas ni) this year...Well, 25 y/old already right? haha no wonder laa semua dah nak mendirikan rumahtangga..huhu..

until then, see you in the next post !!! zaijian~~~


Thursday 9 October 2014

ALLAH S.W.T ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG


Bismillahirrahmanirrahim...

YA ALLAH YA RAHMAN,YA RAHIM...
Engkau adalah sebaik-baik pemberi pertolongan. Sungguh, aku tidak layak untuk mendapatkan keistimewaan daripadaMu, kerana aku hanyalah insan kerdil yang selalu melakukan kekhilafan dan lalai dalam mengingatiMu. Namun, disaat kami memerlukan pertolongan, Engkau selalu ada untuk kami. Bahkan, baru sebentar tadi aku memohon agar Engkau permudahkan jalan bagi kami untuk menghadapi masalah ini, dan tidak lama selepas itu, Engkau telah menunjukkan kepada kami, pentingnya DOA dalam kehidupan seharian kami. Doaku termakbul. ALHAMDULILLAH. Syukur yang tidak terhingga. Sesungguhnya Janji ALLAH itu pasti. Aku sangat yakin dan percaya dengan setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya. Disaat kami hampir-hampir berputus asa, Engkau memberikan kami sinar kebahagiaan dengan jalan keluar bagi masalah yang kami hadapi lantas kami mendapat semangat baharu untuk hari mendatang. Terima kasih Ya Allah... T.T :'(

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-ku, agar mereka memperoleh kebenaran." 
(Al-Baqarah: 186).

>Jom baca kisah tersirat kte..<

Actually, ktorg menghadapi konflik di mana pelajar-pelajar semester 3&4 bagi universiti ni tak layak nak duduk kolej bagi semester hadapan. Sadis betul bila dapat tau. tapi...jangan merungut dulu gengs. think further. mayb dengan cara macam ni kita boleh independant kan?? orang lain masuk tahun kedua DEGREE baru sebok kena cari rumah sewa. yang kita? takkk...kita special. Kenapa? sebab kita boleh buktikan yang even kita ni amek diploma, tapi kita mampu gerak sendiri lebih awal daripada dyorg tuh. Memang, perspektif orang, "untunglaa diploma. diploma study relax je. tak tough macam budak matrix, asasi, degree. " hurm, itu orang kata. Dyorg tak tau kita hadapi benda ni cemana kan? macam mana "relax" nye student-ii diploma ni yang kena buat itu ini. siap dapat assignment a week before final exam kot! tetiba masuk first class untuk sem baru, baru belajar intro chapter 1, tuptup akhir kelas da ade quiz 1! tak ke kejutan belajo namanya tu? da la tgh nak adapt dgn tempat baru, kampus baru, suasana baru, semester baru lepas da cuti sem 2 bulan lamanya... tak rasa rare ke? hihi. tapi nak taknak kena buat jugak kan? jangan mengeluh..semua ni untuk masa depan kita jugak..time kerja nanti, tiba-ii bos suruh siapkan kerja last minute? at least kita da pernah rasa kan benda tu? hehe. so,bersyukur laa.. ^^
        Ehhh macam da lari tajuk la pulak ea. haha. maaf..ni haa. ktorg da dapat rumah sewa..ok je. fully furnished. da siap survey da tempat tu. tempat memang da stategik bak hangg! kedai? jalan kaki pon sampai. bakeri, kedai runcit, pasar tani, petron. haaa..kan cukup pakej namanya tu. Tuptup, ade la 3 or 4 orang daripada ktorg ni..cakap macam tak serupa bikin laa..bincang punya bincang, banyak betul nak bantah. padahal ktorg da call agent rumah sewa tu kot! haihh saboo je laa. terpaksa hold dulu. then esoknya call tempat yg dyorg suggest tu. lepas paper exam tadi, dyorg pergi la survey tempat tu..result dy? tak memberangsangkan langsung ! tak jadi. haihhh. saboo lagi nih. then tadi, ade ke dyorg kata nak tunggu rayuan kolej pulak? haiii before ni beria-ria la membangkang, tetiba kata tak jadi plak nak duduk sekali ngan ktorg....tapi ktorg tak rasa benda tu sbb korg nak tunggu kolej. mesti sbb lain. korg nak duduk rumah teres senanye kan? tau dah. so takyah la kot nak guna alasan tu. sbb after tu pon korg kata nak cari rumah teres, sbb takut kolej tak dapat? hayaya machaa. takpe laa. tukar last minute. memang ktorg ni takde perasaan gaknye ekk kena ikut je flow korg? haihhh...Tapi rasanya ada hikmah, Allah nak tunjuk yang dyorg ni bukan housemate yg sesuai utk ktorg, mungkin..! ^^ Alhamdulillah..kalau tak, setahun lebih kena survive dgn dyorg ni haa..hahaha.so, puas la dok pikir nak cari housemate baru lagi 6 org ni cemana kan? ramai jugak tuh. sampai nak jumpa jalan buntu dah. sempat la terdetik dalam hati kecil ni.."YA ALLAH..bantulah kami.." tetibe..Allah nak tunjuk la kan, orang bersabar ni ada ganjarannya, tadi balik bilik-bukak facebook-baca latest status kt FB upk&nr..baca punya baca.....jengjengjeng..BIG SURPRISE uolllss!!! hihi..Allah nak bantu kita melalui pihak upk laa! " Kpd pelajar nr yg ingin mencari rakan serumah / housemate..anda juga boleh mengisi Borang Mencari Rakan serumah di UPK. Ini bagi kami membantu anda mengiklankannya." YA ALLAH..syukur..hurm, see! AALLAH S.W.T adalah sebaik-baik perancang. okayy, lepastu terus inform member. haha. punya lah excited. Dy pon curious nak tau. sebabnya, suruh dy baca sendiri. kt bilik dy plak internet slow. so kenalaa tunggu lama nak access tuh. hahaha. tapi yelah. sape tak excited kan. benda yang dirunsingkan tadi, da nak settle..^^ so, esok ke UPK la kita yeee...hihi...semoga ALLAH permudahkan urusan kami..Aamiin..

" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kajahatan) yang dia perbuat. (Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."( Al-Baqarah: 286 ).



Saturday 4 October 2014

Salam Aidiladha dari UiTM Pasir Gudang

#SALAM AIDILADHA 1435H 
|10ZULHIJJAH 1435H|
@ o5 oktober 2o14 (ahad)

Alhamdulillah. Berjumpa lagi dengan Hari Raya Qurban pada tahun ni. Tapi......rasanya ni first time  kot sambut hari raya Aidiladha bukan dekat rumah. Kali niii... kite sambut raya diiii Universiti Teknologi Mara (UiTM) , kampus Pasir Gudang, Johor ! hihihi.. acah-ii jadi seorang perantau, katanya... padahal...rumah sekangkang kera je pon..sejam lebih da sampai. Dulu dekat penang pon boleh je balik time raya haji. hikss ^^ budak yg dok perak pon balik rumah. tambah-ii tgh final exam. so lama la dapat cuti. Gap paper seminggu. But, disebabkan final exam ni jugak la ambo nekad tak balik rumah, raya kali ni. hehe. ntah la. rasa macam kalau balik tu, serupa je. sebab ahad hujung minggu depan balik jugak. 12 oktober. gap seminggu je pon. tak lama manaa..lepastu terus cuti sem. lain la kalau lagi 2 minggu baru cuti sem. nak la jugak balik..tambah-ii ambo ni kalau da balik rumah...buku-ii memang tak sentuh la cter dy. next paper da la khamis ni. subjek Basic solid mechanics (ECS238) pulak tuh. selang dua hari, paper further math (MAT285) la pulak. haihhh dua-ii subjek tough. *risauu makcikk* -tapi sempat pulak laa nak update blog ni ehh?- hihi.. kerja sambilan~take a short rest after study..cehh dandan je. padahal tak dapat jawab soalan past years. hehe, satg ambo sambung la balik. serius-ii. >_< tadi dengar takbir raya dr pusat Islam pon da sayuu je rasanya. sedihh kot. da la sunyi. ramai yang balik. ( tau pon, sape suruh tanak balik? ) hehehe........
       Kayy cter pulak pasal orang rumah. Tadi pagi abah call. tp tak dapat, hihi. maaf ye bah. phone tadi habis bateri tp malas nak charge. then terus tido..hahaha..satg petang tu mak pulak yang call. mak kata, "kak, balik ke tak? kalau nak balik mak ambik kejap"-"takkkk..tanak balikk..ada lagi 2 paper"
"alaa kan paper hari khamis. balik la kejap. emi balik. cuti sampai selasa. mak isnin da kena sekolah. Abg wan ni asyik tanya je..kakak tak balik ke? setiap hari kak dy tanya kau tak balik ke..td ni mak nak pergi jemputan pon dy tanya nak pergi ambik kau ke.."-"hahahaha takkk laa. orang tak balikk. elehh kalau org balik sebok kata org asyik balik je..".."ntah la kak. agaknya sebab semua balik. kakak sorg je tak balik. tu yang dy tanya. mak da kata kakak tgh pekse..".."hurmm..hujung minggu depan org balik lerr" kahkahkah apooorahh abang gua nihh..sukati lerr org nak balik ke takkk =.=" #rinduktelettuw# hihihihihihi ^_^
         Now! cter pulak pasal sambutan hari raya Aidiladha kt UiTMPG. kayy, pagi tadi..pergi solat sunat hari raya dkt Pusat Islam. ramai la jugak yang datang! ingatkan berapa org je rupanya boleh tahan ramai! then, lepas je khutbah..ehh khutbah ke? haa ye la kot. lepastu ktorg dapat makan nasi impit+daging masak kurma. hehe. ingatkan takde pape. so, takde la rasa sadiss sangat sbb tak balik rumah time raya-ii cemni. lepastuu, balik tu call semua org. org rumah, elin, shuk, dayah, syeiffa,azwa..sebabnya...dapat free call..^^huhu. hr ni kan birthday emi. sim card uh guna nama emi. kekeke. org semua tgh makan-ii. rendang, ketupat semua tuh. Besttttnyeee!!! then, kt sini, ade jamuan dr pukul 12 tgh hr tadi n mungkin sampai malam kot. so, dapatlaa makan makanan FREE! kekekeke. syukur...Alhamdulillah~



Monday 29 September 2014

SUBHANALLAH... ALLAH SANGAT BAIK..^^

FINAL EXAM SEMESTER 3 
| DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM UiTM ( PG ) |

26/o9/2o14 | CTU211 | o8:3o a.m ~ 1o:3o a.m | DP 1&3 UiTMPG | Ec11o3 A-B-C-D |
27/o9/2o14 | ELC23o | o2:15 p.m ~ o4:15 p.m | US BK 4-1 | Ec11o3A + BM1173C |
o3/1o/2o14 | ECW251 | o8:3o a.m ~ 11:3o a.m | US BK 4-1 | Ec11o3A + Ec11o3D |
o9/1o/2o14 | ECS238 | o9:oo a.m ~ 12:oo p.m | US BK 4-1 | Ec11o3A + Ec11o3D |
12/1o/2o14 | MAT285 | o2:15 p.m ~ o5:15 p.m | US BK 4-1 | LAST PAYYPERRR !! |

Ya ALLAH....Sungguh besar kurniaan-Mu..Aku berasa sungguh kerdil di bumi-Mu ini. Engkau sungguh baik terhadapku Ya Allah...Baru semalam aku terbaca tentang kelebihan menunaikan Solat Sunat Tahajjud. Yang aku tak lupa, "Allah mudahkan urusan hidup & Doa mudah dimakbulkan oleh Allah". SUBHANALLAH....Aku telah merasainya Ya Rahman..Semua urusan pembelajaranku sejak akhir-akhir ini setelah aku mengamalkan solat sunat Tahajjud, dipermudahkan oleh Mu..Terasa kelainannya jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Sungguh, kali ini, aku lebih mudah menerima pembelajaran. Jika dulu, aku sangat lambat untuk menerimanya. Test, quiz, assignment berlalu. Tetapi, soalan tersebut berkaitan subjek basic fluid mechanics, belum mampu kujawab even telah diterangkan oleh rakan-rakan sekelasku. Dengan kebesaran-Mu..Semalam, soalan yang bagiku susah, Alhamdulillah dengan pertolongan daripadaMu, akhirnya aku dapat menjawab serta dapat memahami kehendak soalan tersebut dengan sepenuhnya, di mana ia diluar jangkaanku. YA ALLAH..syukur...ALHAMDULILLAH. Tak terucap tanda kesyukuran yang tak terhingga kepada-Mu. Terasa ingin hendak mengalirkan air mata..Tidak setakat itu sahaja, setelah sekian lama aku mempelajari subjek ECS berkaitan beam, dengan revision class yang diadakan dari pukul 1o:oo a.m ~ 4:oo p.m tadi, ALHAMDULILLAH, berkat keizinanMu, aku lebih mengerti dan In Syaa ALLAH ilmu tersebut dapat dipraktikkan pada paper final exam nanti sehingga seumur hidupku. Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Ampunkan dosa-dosaku selama ini kerana sering kali alpa dalam mengingati-Mu. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa yang sering melakukan kekhilafan. Semoga Engkau permudahkan urusan kami dan memberi keizinan kepada kami untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang kami ceburi terutamanya bidang Kejuruteraan Awam serta kejayaan di akhirat kelak. Aamiin...Semoga aku tetap istiqamah dalam melakukan ibadah sunat ini kepada-Mu. In Syaa Allah... ^^

HIKMAH / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD
  • Mendapat pengawasan dan peliharaan Allah
  • Mudah melalui hisab dan titian sirat
  • Menerima buku catatan dengan tangan kanan
  • Allah mudahkan urusan hidup
  • Berwajah berseri-seri ketika di padang mahsyar
  • Doa dimakbulkan
Kurniaan di dunia ialah :
  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan Taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama ( halal dan diberkati )
Sementara kurniaan di akhirat ialah :
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dimudahkan hisab
  • Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan
"Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu...Namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu..Ampunkan dosaku , terimalah taubatku...Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. "
  

Monday 30 December 2013

fuhh, hari yang sangat tragiss T.T

29 DECEMBER 2o13

12 : 3o tengah hari

* hump, tarikh dan masa yang membuat hidup aku nih macam fobia nak cuci cawan lagi..
   adushhh -_-"

pagi tuh mak ngan abah da siap siap nak pi muar menziarah nenek long yg meninggal malam semalamnye..
tp b4 tuh pi menziarah mak maslinda a.k.a elin dulu..(sampai sekarang ta caya mak dy da ta de T.T)
then bila da sampai tgh hari uhh tgok sinki penuh ngan pinggan mangkuk kotor. so, niatnya nak cuci laa semua tuh (as usual) . tup tup bila amek cawan yg isi sudu garpu, masukkan kain yg ada glo...tetiba...
arghhhhh! terasa macam jari nih berdenyut denyut je. time tuh ta sedar lagi darah da mengalir deras je dkt jari telunjuk nihh sbb tuh laa mmg biasa sangatt kan cuci pinggan pandang luar..kan daa jadi cenggini..
then, bila pandang je jari nihh...fuhhh ngeri je tengok..darah ta payah cakap laa..mmg banyak da merembes dalam sinki..tengok tengok je kulit da tersiat..erkkk...agak besar plak uhh..sbb tangan time tuh basah, lps tu cuci tu plak agak semangat kononnye..so, agak dalam laa tersiat uhh..tapak cawan terpisah ngan badannye..
bayangkan lahh..huishhh bila ingat ingat balik incident tuuu...gulpp..tragiss ! beberapa saat uhh kepala da pening rasa nak pitam. tp kuatkan semangat jugak laa. tundukkan kepala kt sinki jap. nak jalan pon takut rebah dkt lantai je. huhhhh...da lebih kurang seminit uhh try la jugak duduk kt kerusi. time tuh darah ta berhenti lagi..amek kitchen tissue tuh sampai bbrpe helai. abes penuh ngan darah. tekak plak rase macam mual je macam nak muntah pon ade gak. then panggil adek, nak suro amekkan jeruk dalam peti ais. haha.
terasa ok la sikit lepas makan uhh. then jalan ke depan. abg ngan adik yg lain masing masing da terkejut da.
apekahh? hikss ^_^ kena laa cter~ then, baring la kt sofa. tahan sakittt je time tuh. da berdenyut-2 rasanya.

hump, tetiba mak ngan abah balik..hr tuh jugak ade anak makngah bertunang. so, dyorg tanya la kenapa ta pegi. aku diam je laa. tgh tahan sakit time tuhh..hr yg sama gak anak mak uda bertunang, hihi..mmg janji gaknye nak bertunang hari yg sama. haa, lps tuh mak tanya kenapa tangan aku berbalut. aku still diam.
time tu aku tgh makan. lps da abes mkn, cepat cepat pi dapo. ckp ngan mak, just luka. ta de ape pon.
haha. da sakit pon still nak cakap ta de apape kann...hump, bagus sangat lettuw (: tp, adik-adik akuu yg lain cter gak laa ape yg berlaku. haaa! kan da kantoi ! mak paksa aku, suro tunjuk. so, terpaksa la jugak. kena mara laa sbb luka beso still ckp ta apape. lps tu degil tanak pi klinik. haishh! hahaha. abah kata takut klw ade jangkitan kuman ke ape. tuh yg kena pi hospital (bahagian emergency case)

haaa ! nih nak cter plak moment kt hospital uh. ntah apape je laahh..haha. hurm, dressa yg in charge time tuh laki tau. aku pon ta tau kenapa. asal part aku kena check up kt hospital or klinik pontian mesty kena ngan laki. dressa pompwn ta de ke? huhhh.. redha je laa. beberapa bln lps operate ibu jari kaki. time tuh mak boley ikot tp kali nih ta boley la plak -_- . Bermulanya perjalanan ke ruang rawatan-
dressa 1: adik bukak kasut, lps tu baring.
* tetiba ade plak lagi sorg dresa laki dtg* -_-
dressa2: adik kenapa nih?
aku : kena kaca.
dressa2: nih da kawen blom nih? abislaa kurang harga hantaran. umur berapa dik?
aku : 18 tahun. (haish perlu ke cakap cenggitu -_-)
*Rawatan bermula- (dressa1: adik, mintak maaf. saya kena bg injection utk elak kancing gigi- bismillahirrahmanirrahim..)*
dressa1: tarik nafasss....
dressa2: dah dah lepas. nnti seret plak. adik ni jowo ke jowo totok ke? paham tak seret tu ape?
aku: tauuu...(haishh macam laa aku ta pnah ckp bnde tuh)
dressa1: baru lps skola kan? dok rumah la nih..
aku: dkt U. tgh cuti midsem.
dressa1: ohh. amek course ape ? dkt mana?
aku: uitm pulau pinang, kejuruteraan awam.
dressa1: ohh CE la kan? civil engineering. dapat berapa A time SPM?
aku: (adushh ! soalan cepumas!) sikit je. ta payah tanya laa.
dressa1: ye laa sikit tu berapa? abg ni lagi laa ta de A time SPM dulu. tu yang keje mcm nih. 4A? 5A?
aku: ha'ah, 5..
dressa1: ok la tuh..
dressa2: oh, penang. nanti boley la pos buah pala dekat hospital ni. boley tak?
aku: (asal penang, buah pala. tuuu jelaa..) haa? erm..err..(ta tau nak jawab, boleh ke tak?)
dressa2: boley? hr tuh balik sini bawak buah pala tak?
aku: tak, abes tuh hr tuh bawak balik mak tak makan ponnn..
dressa2: apelahh adik nihh..
 *arghhh sakitnyee! time dy bersihkan luka tuh..perghhh! sakitnye tak terkata! bius blom ber function gaknye~*
aku: aduh!
dressa1: ehh, sakit ke? kalau sakit cakap.
aku: err..sikit..haa..da ok sikit kowtt..
dressa1: ha, bius tu baru jalan la tuh.
*aku pon gerak sikit nak tengok keadaan jari aku. ngeri kowtt !*
dressa2: kenapa dr td adik tak pandang sini? takot tengok darah sendiri ke?
aku: tanak, geli. (mayb perkataan aku salah kowt..ngeri mayb lebih sesuai..lagipon aku tak tau perkataan apa yg sesuai nak gambarkan perasaan aku time tuh)
dressa2: ehh? ktorg tak geletek ponn..ape lah adik ni..buat apa na geli *dyorg tergelak laa*
*aku pon tgok laa dressa1 buat kje kje menjahit kulit kt jari aku nihh..bleh plak stop jap angkat call dr sape ntah*
dressa2: adik dok mana? tinggal mana?
aku: kayu ara pasong..
dressa2: ohh..kayu ara pasong bahagian mana?
aku: parit haji siraj.
dressa1: ohh yg jalan masuk lorong sebelah masjid yg blkgnya ade kubur tu kann?
aku: ha'ah.
dressa1: kenal..cik sabariah tak? kenal..(bla blaa blaa..aku tak igat nama yg dy sebot)
aku: (just angkat bahu)
dressa1: aitt? tak kenal? abis tuh, ape nama imam masjid kt situ?
aku: heheehe..(angkat bahu lagi sekali)
dressa1: ehh? ape nih imam masjid pon ta tau cemana nih nnti nak kawen ke ape?
*erkk. amekaw kena paku buah keras*
bbrpe minit kemudian...
dressa1: bila balik penang? nnti nak bukak jahitan nih..
aku: mg depan.
dressa1: ohh kena bukak jumaat la nihh..nnti pegi klinik kesihatan kayu ara pasong, ckap nak bukak jahitan.
dressa2: jangan pegi kt klinik bidan plak! tau !
aku: hahaha..(macam laa aku ni budak tadika)
dressa1: ok ! kau tolong bersihkan sikit tgn dy uh.
dressa2: ok. (dy pon dgn khusyuk cuci tgn aku)
aku: dahh?
dressa2: nnti kejappp..nak balik je taunye..
*lepas da siap tu, aku cakap la terima kasih kt dressa2.
dressa2: lepas ni tggu jap. kena amek ubat.
dressa1: nnti 8hb pegi klinik kayu ara pasong. ni ubat.
aku: ye, terima kasih ! ^^

sampai rumah makngah lagii laa banyak soalan dr org org kt situ,,hadoiiiyaiii~
nak salam org pon sakit  kowtt..erkk..

xoxo:




 


Wednesday 6 November 2013

debaran kian terasa

1 November 2o13

  • Saat yang ditunggu tunggu oleh semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia..tapi tak bagi aku -_-
  • hari nih examination result da keluarrr !!
  • aku yg berdebar terlebihh..haha..dyorg sebok tanya pasal result aku..sbb dyorg da check dulu pukol 2-3pg dkt email..
  • org 1st yg tanya result aku ialah housemate aku, amal..amal kata, classmates dy ramai yg dean list..ditambah ngan khabar daripada izzah yang kata mostly classmates ktorg dapat dean list..and ade yg sipi sipi (near miss). huhh..@_@
  • aku ? memang tak arr nak check awal awal..seram + nervous kowtt..
  • so, aku amek keputusan untuk tidak membuka email mahupun student portal sebabnye aku takot aku belom dapat terima kalau result aku ta seperti yang parents aku harapkan ^^ 
  • tapi, yang makin buat aku bertambah tambah nervous sebabnye member aku sume tanye pasal result aku and then dyorg target aku adalah salah sorang yg dapat DEAN LIST a.k.a ANUGERAH DEKAN..tuh yg makin buat aku cuakk..bagi harapan palsu tinggi menggunung ! haishh !
  • lamaaa aku tunggu detik yang sesuai untuk aku betol-2 sedia untuk check result aku..aku doa banyak banyak..
  • sampai laa satu hari tuh, 5 nov 2o13..ex-housemate aku bg text pasal borang-2 yang kena print tuh sume ade due date ( including examination result ). dy kata due date utk print out result tuh seminggu lepas keluar result. maknanya 7 nov !! hr nih da 5 nov..aku buat buat tenang lek chill je. tapi in reallity...cuakk ta cuakk plak ann..
  • so, aku da tekad, walau apa pon result yg aku dapat yang terpapar dekat skrin laptop aku nanti, aku redha dengan ketentuan Illahi..(hari nih laa-6 nov 2o13)..
  • after solat subuh, aku da tawakal time nak bukak laptop nih..
  • masa tuh line wifi plak buat hal. loading lama sangatt..makin laa wa cuakk !
  • Finally...bila aku tengok je skrin , yg aku nampak gred je. ta nampak pon pointer aku brpe, hahaha..

  • macam ta caya !!! rupanya betol sangkaan member member aku..ALHAMDULILLAH...
  • aku pon share la great news nih ngan parents aku walaupon time nih mereka tgh bergegas nak ke tempat kerja masing masing ^^ ( haha, sempattt..)
  • Conclusionnye, memang la ta semua cakap orang atau andaian orang kte kena percaya bulat bulat..tapi..untuk benda baik, sepatutnye kte kena "amin " kan sebabnye kata kata tuh boley jadi doa!
# credit to : NUR AMALINA MOHD SAAD, FARIDATUL IZZAH FARID, WAN HAZIQ LUQMAN
                  (teman teman yang mendoakan kejayaan bagi seorang sahabat, akhirnya doa mereka termakbul) >ALHAMDULILLAH<                                                     


siapakah yang selalu ada untuk awak bile awak sedih??

apekah makanan yang menjadi pilihan kegemaran awak??